Pages

Sunday, 25 March 2012

Tayangan filem seram tidak wajar

Oleh Nurul Akmar Aida Suhaimi

Sintok - Filem seram sangat sinonim dengan industri perfileman kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton namun, cerita sebegini tidak wajar ditayangkan di Malaysia.

YB Senator Tan Sri (Dr) Haji Jins Shamsudin, salah seorang seniman yang hadir dalam Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-8 (FFVPM8) berkata bahawa filem hantu tidak wajib ditayang di Malaysia memandangkan cerita tersebut berunsurkan tahyul semata- mata.

‘Kita sebagai umat islam tidak patut didedahkan dengan filem sebegitu kerana bertentangan dengan ajaran islam serta adanya amalan khurafat’ katanya.

Sementara itu pensyarah teknologi media, Afeez Nawfal berkata dari segi budaya dan komersial tayangan filem hantu adalah perlu kerana masyarakat percaya  hantu itu  wujud.

‘Mereka ingin tahu bagaimanakah bentuk serta rupa hantu tersebut dan adakah ia sangat menakutkan seperti yang digembar gemburkan sejak dahulu lagi?,Dengan adanya tayangan filem ini masyarakat dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai hantu’.katanya lagi.

Menurut beliau lagi, cerita berbentuk mistik wajar ditayangkan kerana adanya amalan ilmu hitam dan cara untuk mengubati mangsa yang terkena ilmu hitam agar dapat memberi pengajaran kepada penonton.

‘Namun dari segi pegangan agama, cerita seram tidak wajar ditayangkan di malaysia kerana cerita sebegini boleh mempengaruhi fikiran masyarakat bukan sahaja kepada kanak- kanak malahan orang dewasa bahawa hantu itu wujud dan ia sangat bertentangan dengan agama islam’ katanya.



Monday, 19 March 2012

             ~JENIS-JENIS BERITA (TYPES OF NEWS) ~